Sunday, April 27, 2008

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Renung2 kn lh & slmt b'amal

Wahai kaum hawa, jagalah segala pergerakan,pemakaian,percakapan mu itu agar ianya tidak menjadi sebahagian daripada dosa kamu tanpa kamu sedari.

1) Apabila kamu berjalan, jagalah kesopanan dan lenguk-lenguk kamu itu. Berjalanlah dengan langkah yang kecil dan penuh beradab.
2) Apabila kamu berpakaian, maka pakailah pakaian yang menutup aurat dan longgar tanpa menampakkan tubuh badan kamu. Dan apabila kamu. memakai tudung, maka tutuplah dada dan pinggul kamu.
3) Dan apabila kamu bercakap, jangan tinggikan nada suara kamu ketika bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim. Sesunguhnya suara kamu itu adalah aurat bagi kamu terhadap lelaki bukan muhrim.

Jagalah ketiga-tiga perkara diatas, kerana sesungguhnya tanpa kita sedari, kita sedang meletakkan diri kita di bebani dengan dosa-dosa yang ‘sia-sia’. Jangan kita dimasukkan ke neraka kerana sebab-sebab di atas.. Minta dijauhkan..Wallahualam..

Saturday, April 26, 2008

MY HAPPY FAMILY FOREVER


TIGA SOALAN SATU JAWAPAN

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:- 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya.2.Apakah yang dinamakan takdir. 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya! Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akn menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda tadi?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

KESIAN BADAK NIH....

PENAWAR YANG DAPAT MEMBERSIHKAN HATI

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan 5 penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:
  • Bergaul dengan org2 soleh.
  • Sentiasa membaca al-Quran.
  • Memelihara perut dari makanan haram.
  • Melakukan solat malam.
  • Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah SWT terutamanya semasa waktu subuh.

Pada zaman nabi, seorang lelaki bertanya nabi, "Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?" Nabi menjawab, "Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum." Org itu bertanya lagi, "apakah hati makhmum itu?" Nabi bersabda, "Ia adalah hati yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya penipuan, sifat melampaui batas, tipu daya, kianat dan hasad." (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaras sahih.)

Allah berfirman dalam surah al-Talaq ayat 2-3, "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah)akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Mengikut Abdullah bin Masud r.u, ayat ini adalah "formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam al-Quran"

KIAMAT SUDAH DEKAT

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... .. Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Friday, April 25, 2008

welcome to my blog...


Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara yang mematikan hati iaitu:
1)Mengetahui hak Allah ttp tidak menegakkan hak itu.
2)Membaca al-Quran ttp tidak melaksanakan suruhan2nya.
3)Mencintai nabi ttp mengabaikan sunahnya.
4)Takut akan mati ttp tidak mempersiapkan diri.
5)Mengetahui syaitan adalah musuh ttp ghairah mengikut kehendaknya.
6)Takut akn neraka ttp melakukan maksiat
7)Mahukan syurga ttp tidak beramal soleh.