Saturday, April 26, 2008

PENAWAR YANG DAPAT MEMBERSIHKAN HATI

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan 5 penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:
  • Bergaul dengan org2 soleh.
  • Sentiasa membaca al-Quran.
  • Memelihara perut dari makanan haram.
  • Melakukan solat malam.
  • Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah SWT terutamanya semasa waktu subuh.

Pada zaman nabi, seorang lelaki bertanya nabi, "Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?" Nabi menjawab, "Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum." Org itu bertanya lagi, "apakah hati makhmum itu?" Nabi bersabda, "Ia adalah hati yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya penipuan, sifat melampaui batas, tipu daya, kianat dan hasad." (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaras sahih.)

Allah berfirman dalam surah al-Talaq ayat 2-3, "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah)akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Mengikut Abdullah bin Masud r.u, ayat ini adalah "formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam al-Quran"

No comments: