Sunday, June 15, 2008

hepi father's day!!!

di sini daku ingin mengucapkan selamat hari bapa kpd semua bapa di malaysia....terutama kpd bapaku yg aku memanggil beliau 'abah'...kami adik-beradik(k.ain,ida n abe ae) sgt menyanjungi abah sebagai seorang bapa yg memahami dan sentiasa cool....ape saje yg kami inginkan abah akan tunaikan tidak kiralah ia perlu menggunakan duit...kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana jasa dan bakti yg abah curahkan dengan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah...sekali lg TERIMA KASEH DAN JASAMU SENTIASA DIKENANG!!!

Thursday, May 29, 2008

Hari Terakhirku...

Malam tanggal 29 Mei merupakan hari terakhirku di rumah yg sgt aku sayangi...huhuhu.
Nak tau kenapa???Sebab pagi 30 Mei aku akan berangkat ke Negeri Sembilan untuk meneruskn jihadku untok menuntut ilmu di USIM dalam bidang syariah n undang2...

Waaaa...Sedeynyer untuk meninggalkan sahabat2ku terutamayg berada di layar internet ini...huhuhu...

Ana berharap kalian semua dapat mendoakan kejayaan ana di sana dgn cemerlang...Doakan saya mndpt keredhaan n keberkatan dari-Nya dlm ape jua yg akn saya lakukan...InsyaAllah...Ameen...Sekian...Wasalam...Kite jumpa lg...Tunggu kehadirn post seterusnyer ketika kakiku menjejak di bumi USIM...

Wednesday, May 28, 2008

Masihkah Kau Ingat....

Masihkah korang ingat dgn nama dan bas ini???Kalo x ingat... alamat esok nak.....hehehe,paham2 ajerla...Kalo x ingat jgk,meh saya mengimbau balik kenangan bersama...cewwah,ayatku... hahaha...

Inilah bas yang menjadi pengangkutan budak2 kisas kalo ade aper2 hal kat luar.Contohnyer,nk pegi ke perlawanan2 tertentu atau ke mana sahaja bdk kisas nk pergi...hehehe...

Yang penting sekali,bas inilah yang membawa aku dan rakan2 sekampungku yg laen(iaitu bdk klntn n bdk2 kedah ngan terengganu) ke perhentian bas klang).Kalo time balik cuti,bas inilah yg akn terpacak di dpn pekarangan kisas atau kat bus stop dpn aspura.Ape lagi,mesti la bdk2 muslimat akan berebut nk naik bas ngan bdk muslimin.Tp slalunyer kitorang la yg menang... hehehe...Nak tau sbb aper???Coz kitorang kan ramai n bdk2 muslimin kisas kan gentlemen (alamak terlepas type yg ni plak)...N ke'gentlemen' diorang lebih terserlah kalo di dalam kelas... biasela kalo bab2 presentation atau aper2 jer,mestila "ladies fisrt"...jgn marah ye muslimin kisas...hehehe...

Hah!Berbalik pd bas kisas yg tersayang ni...Bas inilah jgk yg slalu bwk bdk2 kisas ke klinik atau hospital(pada waktu2 kritikal la)contohnyer apabila musim org sakit la...Bas nie jgkla(kalo x salah,kadang2)akn membawa kitorang keluar outing...byrla kat pak cik bas 50 sen sorang...ok la tu...Tp yg paling daku ingat,bas ni la yg pertama kali bawak kitorang outing kan???Time form 4 dulu...Kalo x silap,Ustaz Lah pon ader skali time tuh...

Urm...Okla...Ana dh kekeringan idea nih...Ana???Saper ana????hahaha...Sampai ketemu lg...N peringatan,jgn la kiter kpd bas kisas yg bnyk berjasa pd kiter sumer bdk2 kisas...hehehe...

Saturday, May 17, 2008

Hepi Belated Teachers Day...

Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar saya secara langsung atau tidak langsung....Segala ilmu yang telah cikgu-cikgu ajar kepada saya amatlah saya hargai.Semoga ilmu yang guru-guru berikan dpt saya gunakan pada masa yang akan datang...Saya ingin mengucapkan kalimah SELAMAT HARI GURU ini kepada guru-guru di Tabika KEMAS, Sek.Keb. Zainab(1), Sek.Men.Keb.Zainab(1) dan terutama sekali ditujukan kepada guru-guru di KISAS(gambar di atas).

Kepada cikgu-cikgu di KISAS,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU terutama kepada guru-guru yang telah mengajar saya di kelas yg bertuah,409 n 509.Kepada guru kelas 409 n 509 terutamanya iaitu Miss Rajes.We(409/509's students) love you very much...

Thursday, May 15, 2008

AKU+HASANAH+AZWA


Salam....Nie nk ceritakan pasal gambar ni sikit... Kalo korang nak tahu ni merupakan gambar aq,azwa dan hasanah.Nk tahu knp kitorang pakai baju camni???Dan kat kisas plak tuh???Hehehe... Meh sini saya ceritakan....Ha!Nie merupakan gambar yang diambil semasa jamuan dorm kitorang merangkap jamuan dak2 thariq sekali... Comey2 sumenyer pada malam tu dan terutama bdk2 dlm gambar nih...Hehehe...Hah!!!Sebelum lupe,nk bgtau gambar di jamuan tu berlaku selepas selesai kertas SPM yang terakhir iaitu BAT...Kirenyer malam tu la kitorang buat...Merangkap jgk malam terakhir kitorang kat kisas...So,jgn jdk kontroversi plak disebabkan kitorang pakai baju mcm nie!!!Hehehe...

Rahsia Rukun Solat...

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu... ...
  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  • Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur .

Sama2lah menasihati diri sendiri dan kawan2..

Wednesday, May 14, 2008

Tujuh Pahala Yg Dapat Dinikmati Seseorang Selepas Mati.......

Dari Anas r.a berkata bahawa, ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
  • Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  • Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  • Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  • Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  • Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  • Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya.
  • Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran,maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Saturday, May 3, 2008

KENANGAN DI KB MALL



Kitorang rancang nak buat reunion budak-budak kisas nie dah seminggu lebih... Alhamdulillah dapat jugak bertemu diorang nih...rindu sangat kat kawan-kawan.Yealah nama jer duk satu negeri tapi x pernah jumpe pon...hehehe...hah kalau korang sume nak tahu gambar nih di ambil oleh adik wani...Gambar tu cume ade aku,zati,syaq,mira n wanie.Sorang lagi kawan kitorang x dapat hadir sbb terpaksa jaga rumah...iaitu Najwa...Kitorang ambil gambar ni depan Pasaraya Pacific yang terletak dalam KB Mall. KELANTANESE FOREVER!!!HEHEHE...



Hah gambar kat sebelah tue plak Mira yang ambik time tunggu Wani pergi membeli-belah ngan adik die...Itu merupakan gambar aku dan syaq...



Nie gambar kitorang ngan bluehyppo...Mira yang ambil gambar nih...Nie kes bluehyppo muncul tetiba lah nie...hehehe...Ape lagi!!!Kitorang pon ambil kesempatan la.Dah la kitorang yang paling 'senior' yang ambil gambar ngan bluehyppo!!!Uish,x malu btol.hehehe...

Oklah.Rasenyer setakat ni jerlah coretanku buat kali nih...Ahah,sblom terlupe...Reunion nie kitorang buat pada 19/4/2008 ari sabtu yg sudah pon lepas... Kalau x silap la...hehehe...

Sunday, April 27, 2008

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Renung2 kn lh & slmt b'amal

Wahai kaum hawa, jagalah segala pergerakan,pemakaian,percakapan mu itu agar ianya tidak menjadi sebahagian daripada dosa kamu tanpa kamu sedari.

1) Apabila kamu berjalan, jagalah kesopanan dan lenguk-lenguk kamu itu. Berjalanlah dengan langkah yang kecil dan penuh beradab.
2) Apabila kamu berpakaian, maka pakailah pakaian yang menutup aurat dan longgar tanpa menampakkan tubuh badan kamu. Dan apabila kamu. memakai tudung, maka tutuplah dada dan pinggul kamu.
3) Dan apabila kamu bercakap, jangan tinggikan nada suara kamu ketika bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim. Sesunguhnya suara kamu itu adalah aurat bagi kamu terhadap lelaki bukan muhrim.

Jagalah ketiga-tiga perkara diatas, kerana sesungguhnya tanpa kita sedari, kita sedang meletakkan diri kita di bebani dengan dosa-dosa yang ‘sia-sia’. Jangan kita dimasukkan ke neraka kerana sebab-sebab di atas.. Minta dijauhkan..Wallahualam..

Saturday, April 26, 2008

MY HAPPY FAMILY FOREVER


TIGA SOALAN SATU JAWAPAN

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:- 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya.2.Apakah yang dinamakan takdir. 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya! Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akn menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda tadi?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

KESIAN BADAK NIH....

PENAWAR YANG DAPAT MEMBERSIHKAN HATI

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan 5 penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:
  • Bergaul dengan org2 soleh.
  • Sentiasa membaca al-Quran.
  • Memelihara perut dari makanan haram.
  • Melakukan solat malam.
  • Sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah SWT terutamanya semasa waktu subuh.

Pada zaman nabi, seorang lelaki bertanya nabi, "Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?" Nabi menjawab, "Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum." Org itu bertanya lagi, "apakah hati makhmum itu?" Nabi bersabda, "Ia adalah hati yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya penipuan, sifat melampaui batas, tipu daya, kianat dan hasad." (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaras sahih.)

Allah berfirman dalam surah al-Talaq ayat 2-3, "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah)akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Mengikut Abdullah bin Masud r.u, ayat ini adalah "formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam al-Quran"

KIAMAT SUDAH DEKAT

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... .. Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Friday, April 25, 2008

welcome to my blog...


Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara yang mematikan hati iaitu:
1)Mengetahui hak Allah ttp tidak menegakkan hak itu.
2)Membaca al-Quran ttp tidak melaksanakan suruhan2nya.
3)Mencintai nabi ttp mengabaikan sunahnya.
4)Takut akan mati ttp tidak mempersiapkan diri.
5)Mengetahui syaitan adalah musuh ttp ghairah mengikut kehendaknya.
6)Takut akn neraka ttp melakukan maksiat
7)Mahukan syurga ttp tidak beramal soleh.