Wednesday, May 14, 2008

Tujuh Pahala Yg Dapat Dinikmati Seseorang Selepas Mati.......

Dari Anas r.a berkata bahawa, ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
  • Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  • Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  • Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  • Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  • Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  • Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya.
  • Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran,maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

No comments: